Sungai Dalam Laut  

Posted by LanunCantik~


"Dan Dia lah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Al Furqan: 53)

Jika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, beliau merupakan seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Lelaki yang berambut putih ini, sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seluruh dunia dan membuat dokumentari tentang keindahan dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di dasar laut, tiba-tiba beliau menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.



Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Beliau mulai berfikir, samada ianya hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun beliau masih belum menemui jawapan yang memuaskan mengenai fenomena ganjil tersebut.

Pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang profesor muslim dan menceritakan fenomena ganjil tersebut. Profesor tersebut teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (surah Ar-Rahman: 19-20) yang sering di kaitkan dengan Terusan Suez. Ayat itu bermaksud "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian profesor tersebut membacakan surah Al Furqan ayat 53 di atas.



Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tetapi tidak bercampur airnya di ertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana berlakunya pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun ayat itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman(ayat 22) yang bermaksud "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Maka terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al-Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, dimana pada zaman itu masih belum wujud sebarang peralatan menyelam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak dan benar. Dengan itu beliau pun memeluk Islam.


Allahu Akbar! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Allah yang Maha Benar, Allah yang Maha Agung. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al-Quran."


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda akan dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun-daunan.

Pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.


Sungguh!!Dia Maha Hebat!!

This entry was posted on Wednesday, March 10, 2010 at Wednesday, March 10, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment